SELAMAT DATANG




Sunday 11 December 2011

CONTOH RPH MODUL TERAS BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran           : Modul Teras ( Bahasa Melayu )
Kelas                            : Prasekolah
Bilangan Murid           : 25 orang
Tarikh                          : 27.9.2011
Masa                           : 9.00-10.00 pagi
Tajuk                           : Mengeja suku kata KVK
Standard Pembelajaran Utama          : BM 3.5.5 Membatangkan satu suku kata tertutup
                                                               untuk menjadi perkataan.
                                                            : BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
Objektif pelajaran                               : Pada akhir pengajaran murid dapat:
-          Mengeja dan menyebut suku kata kvk
-          Mengeja perkataan berpandukan gambar.
Konsep Utama                                     : Perkataan kvk
Kosa kata                                             : van, ros, pas, pam
Alatan dan Bahan                               : Kad suku kata, kad gambar dan lembaran kerja.



LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR


Langkah, masa dan kaedah.
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan

Set induksi
5 minit
( kaedah kelas)

Mengecam perkataan yang disebut guru
1.      Guru mengarahkan murid membuat bulatan.
2.      Didalam bulatan terdapat kad perkataan, suku kata kvk
3.      Guru menyebut suku kata kvk dan murid cuba mengecam dan mengambil kad untuk ditunjukkan kepada rakan.
Kad perkataan

Langkah 1
5 minit
( kaedah kelas )
(kaedah kumpulan)

Membaca kad perkataan yang tunjukkan
1.      Guru menunjukkan kad kvk kepada murid.
2.      Guru meminta semua murid mengeja perkataan yang terdapat pada kad yang ditunjukkan.
3.      Guru meminta murid mengeja didalam kumpulan.
Kad perkataan

Langkah 2
5 minit
(kaedah individu)

Mengeja perkataan berdasarkan gambar.
1.      Guru menunjukkan gambar pada murid.
2.      Guru kemudian meminta murid mengeja perkataan berdasarkan gambar secara individu.
Gambar.

Langkah 3
10 minit
(kaedah individu)

Mengeja dan menulis perkataan berpandukan gambar.
1.      Guru memberi penerangan tentang lembaran kerja yang akan diberi.
2.      Murid- murid dibimbing untuk menulis perkataan berpandukan gambar.
3.      Murid-murid menulis dan mengeja secara individu
Lembaran kerja

Penutup
5 minit
( kaedah kelas)

Mengeja semula perkataan
1.      Guru mengimbas semula kad perkataan dan gambar.
2.      Guru meminta murid mengeja semula perkataan tersebut.
Kad perkataan dan gambar.


Wednesday 7 December 2011

LAGU SUKU KATA

AYAT KVKV

HURUF VOKAL



 

ABM

Berikut adalah abm yang digunakan untuk suku kata KVKV. Gambar-gambar yang dipilih adalah yang sesuai dengan tahap murid agar mereka kenal dan boleh menamakan gambar tersebut. Suku kata KVKV telah dicetak dengan warna berlainan dan diasingkan. Perkataan KVKV dikenalkan dan murid akan mengeja dan membunyikan perkataan tersebut. Setelah murid menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan tersebut, murid diberikab berberapa gambar dan suku kata awalan. Kemudian murid diminta untuk melengkapkan suku kata akhiran dengan meletakan kad suku kata yang sesuai. Kemudian diulang pula dengan meletakan suku kata akhiran dan diminta untuk melengkapkan suku kata awalan. Apabila murid sudah menguasai kemahiran ini, hanya gambar sahaja diberikan. Kemudian beberap kad suku kata diberikan pada mereka dan diminta untuk meletakkan kad suku kata yang seuai agar dapat mengeja perkataan KVKV tersebut.