SELAMAT DATANG




Sunday, 11 December 2011

CONTOH RPH MODUL TERAS BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran           : Modul Teras ( Bahasa Melayu )
Kelas                            : Prasekolah
Bilangan Murid           : 25 orang
Tarikh                          : 27.9.2011
Masa                           : 9.00-10.00 pagi
Tajuk                           : Mengeja suku kata KVK
Standard Pembelajaran Utama          : BM 3.5.5 Membatangkan satu suku kata tertutup
                                                               untuk menjadi perkataan.
                                                            : BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
Objektif pelajaran                               : Pada akhir pengajaran murid dapat:
-          Mengeja dan menyebut suku kata kvk
-          Mengeja perkataan berpandukan gambar.
Konsep Utama                                     : Perkataan kvk
Kosa kata                                             : van, ros, pas, pam
Alatan dan Bahan                               : Kad suku kata, kad gambar dan lembaran kerja.



LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR


Langkah, masa dan kaedah.
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan

Set induksi
5 minit
( kaedah kelas)

Mengecam perkataan yang disebut guru
1.      Guru mengarahkan murid membuat bulatan.
2.      Didalam bulatan terdapat kad perkataan, suku kata kvk
3.      Guru menyebut suku kata kvk dan murid cuba mengecam dan mengambil kad untuk ditunjukkan kepada rakan.
Kad perkataan

Langkah 1
5 minit
( kaedah kelas )
(kaedah kumpulan)

Membaca kad perkataan yang tunjukkan
1.      Guru menunjukkan kad kvk kepada murid.
2.      Guru meminta semua murid mengeja perkataan yang terdapat pada kad yang ditunjukkan.
3.      Guru meminta murid mengeja didalam kumpulan.
Kad perkataan

Langkah 2
5 minit
(kaedah individu)

Mengeja perkataan berdasarkan gambar.
1.      Guru menunjukkan gambar pada murid.
2.      Guru kemudian meminta murid mengeja perkataan berdasarkan gambar secara individu.
Gambar.

Langkah 3
10 minit
(kaedah individu)

Mengeja dan menulis perkataan berpandukan gambar.
1.      Guru memberi penerangan tentang lembaran kerja yang akan diberi.
2.      Murid- murid dibimbing untuk menulis perkataan berpandukan gambar.
3.      Murid-murid menulis dan mengeja secara individu
Lembaran kerja

Penutup
5 minit
( kaedah kelas)

Mengeja semula perkataan
1.      Guru mengimbas semula kad perkataan dan gambar.
2.      Guru meminta murid mengeja semula perkataan tersebut.
Kad perkataan dan gambar.


No comments:

Post a Comment